Ianya penyalahgunaan kuasa!

Inilah bahayanya apabila kuasa dipegang oleh pihak yang angkuh dan turut mempunyai pra-sangka jahat dan mendalam.

Hari ini 5/1/2023 Hakim YA Dato Jamil arahkan saya dilepas dan dibebaskan (‘discharged and acquitted’) walaupun Timbalan Pendakwa Raya mohon ke mahkamah supaya saya hanya dilepaskan tanpa dibebaskan.



Bulan lepas (23hb Dis 2022), Mahkamah Tinggi diberitahu oleh Pegawai Penyiasat SPRM, selaku Saksi Pendakwaan ke-21, bahawa Tommy Thomas, selaku Peguam Negara, telah memberi izin untuk saya didakwa walaupun siasatan belum lengkap lagi.

Puan Nurzahidah telah terbuka hatinya untuk mengaku bahawa penyiasatannya tidak lengkap. Namun, pegawai-pegawai atasan SPRM tidak menghiraukannya dan dibawa kertas siasatan ke Tommy Thomas untuk mendapat arahannya.

Allah SWT yang maha berkuasa. Kebenaran tidak mampu ditutup. Terbongkar juga dalam mahkamah.

Pengakuan inilah yang telah menyebabkan Pendakwa Raya memohon kepada mahkamah hari ini supaya tuduhan terhadap saya digugurkan.

Perbicaraan saya sepatutnya diteruskan hari ini dengan DS Najib sebagai Saksi Pendakwaan ke-22 dan 2 hari lagi perbicaraan dalam bulan Februari ini untuk menghabiskan soal balas Pegawai Penyiasat SPRM, Puan Nurzahidah.

Sungguhpun, saya bersyukur diatas keputusan mahkamah, namun saya merasa sedih kerana pendakwaan terhadap saya telah dilakukan tanpa siasatan sepenuhnya dan tanpa SPRM memahami asas-asas percukaian pendapatan.



Ianya penyalahgunaan kuasa!

Inilah bahayanya apabila kuasa dipegang oleh pihak yang angkuh dan turut mempunyai pra-sangka jahat dan mendalam.

#HonestPolitics
#DishonestPower

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Undang-Undang Malaysia dan Luahan Rasa Tok Uban " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares