Paspot ialah keperluan perundangan antarabangsa kepada rakyat Malaysia yang bercadang melakukan perjalanan ke luar negara.



Tempoh sah laku Paspot adalah lima tahun dari tarikh dikeluarkan.



Berikut dikongsikan maklumat Harga Terkini Paspot Malaysia Antarabangsa buat panduan warganegara Malaysia.

Untuk makluman dan berkuatkuasa mulai dari 15 Januari 2015, bayaran bagi permohonan paspot antarabangsa Malaysia untuk warganegara berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun telah diturunkan daripada RM300 kepada RM200.


Kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji adalah RM100.

Permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma (Free).

Serentak dengan itu semua permohonan pasport Malaysia antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran sebanyak RM100 telah dimansuhkan.

Ringkasan kadar bayaran buat pasport Malaysia Antarabangsa adalah seperti berikut :-


1) Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) : RM200

2) Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100

3) Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100

4) Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) : RM100

5) Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100

6) Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma



Untuk mereka yang ingin membuat permohonan pasport kali pertama, pemohon perlu hadir sendiri ke Pejabat Imigresen yang berdekatan.

Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan untuk membawa bersama 2 keping gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Untuk permohonan renew pasport secara online, anda boleh menggunakan ‘MyOnline Pasport’ secara online.


Bentuk Bayaran
Pemohon boleh membuat pembayaran melalui cara Tunai, Kad Kredit, Wang Pos atau Bank Draf yang dipalang (Atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia/ Pengarah Imigresen Negeri).



Gambar akan diambil di Bahagian Paspot Imigresen menggunakan Alat Perakam Secara Langsung

Pemohon perlu memakai pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada

Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung

Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar

Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap


Sebagai peringatan, sila pastikan nama anda bebas senarai hitam Imigresen atau PTPTN sebelum keluar negara.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Harga Paspot Malaysia Antarabangsa 2023 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares