Kaedah kawalan menggunakan racun serangga secara semburan asap didapati membunuh banyak serangga lain seperti pepatung, rama-rama dan kelulut.

Media melaporkan pada awal Januari 2023 Ketua Pengarah Kesihatan Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021.



Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi denggi yang dilaporkan pada 2022 pula ialah 56 berbanding 20 bagi tempoh sama pada 2021 iaitu peningkatan 36 kematian atau 180 peratus.


Program kawalan pembiakan nyamuk aedes vektor utama demam denggi telah dilancarkan pertengahan 2019 dibeberapa lokasi utama termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.




Program berkenaan dilaksanakan dengan melepaskan nyamuk Aedes yang disuntik bakteria Wolbachia.

Apabila nyamuk betina yang ada bakteria mengawan dengan jantan yang tidak dijangkiti, mereka akan menghasilkan telur yang dijangkiti Wolbachia.

Apabila nyamuk jantan yang dijangkiti Wolbachia mengawan dengan betina yang tidak dijangkiti, telurnya tidak akan menetas.

Bakteria Wolbachia menghalang virus denggi daripada mereplikasi supaya nyamuk tidak menyebarkan virus apabila ia menggigit.


Projek perintis pada 2017 yang dijalankan di lapan kawasan di Selangor yang menunjukkan pengurangan antara 50% hingga 80% kes denggi di setiap lokasi.


Walaubagaimanapun tiada kajian mutakhir keberkesanan kaedah ini.

Jumlah kes denggi pula tidak menunjukkan pengurangan seolah-olah dapatan kajian tidak berkesan.

Kaedah kawalan menggunakan racun serangga secara semburan asap didapati membunuh banyak serangga lain seperti pepatung, rama-rama dan kelulut.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kes denggi 2022 150%, Penggunaan bakteria Wolbachia sejak 2019 seperti gagal
" di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares