Masih ingatkah lagi cuaca sejuk sekitar 21 darjah Celsius yang melanda negara Januari 2018.



Kebanyakan lokasi merekodkan suhu diantara 20°C-22°C.

Cuaca berkenaan disebabkan tiupan angin sejuk dari Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara memasuki Laut China Selatan seterusnya bergerak ke Malaysia.

Keadaan berkenaan menjadi bualan ramai segenap pelusuk negara.

Cuaca yang sejuk itu menyebabkan sebilangan orang terpaksa menggunakan baju tebal.


Kuala Pilah merekod suhu paling rendah 21°C berbanding kawasan lain mengalami suhu 22°C-23°C.



Keadaan yang hampir sama pernah berlaku pada pertengahan Januari 2007 dan 2014.


Pada 2014, cuaca paling rendah dicatatkan di Kuala Krai, Kelantan dengan suhu turun hingga 15.7 darjah Celsius kesan tiupan angin timur laut.



Info: Kawasan yang pernah mencatatkan suhu terendah pada 2014:

3 Februari 2014
Kota Bharu, Kelantan: 17.8°C
Gong Kedak, Terengganu: 17.6°C
Kuala Krai, Kelantan: 15.7°C

4 Februari 2014
Chuping, Perlis: 16.1°C
Butterworth, P. Pinang: 19.0°C
Kuala Kangsar, Perak: 17.2°C.

Cuaca sejuk yang diramalkan berlaku Disember 2022 hingga Februari 2023 bagaimana pun tidak begitu ketara.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Januari 2018 Malaysia seolah berada di musim sejuk.
" di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares