Sehingga akhir minggu ke-52, 2022, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura ( NEA ) melaporkan 32,097 jumlah kes demam denggi. Ini adalah kes kedua paling banyak dilaporkan di Singapura dalam setahun.

Singapura antara negara terkedepan melaksanakan program bakteria Wolbachia untuk menangani masalah nyamuk denggi.

Ini adalah lebih daripada 500 peratus peningkatan kes berbanding tempoh yang sama pada 2021 (5,258).

Pada 2020 , Singapura melaporkan melebihi 35,000 kes menjadikannya musim denggi terburuk dalam rekod.

Pada awal tahun, NEA berkata peningkatan kes denggi pada 2022 adalah disebabkan oleh populasi nyamuk Aedes aegypti yang tinggi, bersama-sama dengan varian DENV-3 yang baru dikesan.

Berkemungkinan nyamuk aedes varian baru ini kebal dari tindakan bakteria Wolbachia atau memerlukan bakteria lain yang lebih berkesan.

Kesimpulan juga dibuat bahawa imuniti orang awam berada pada tahap lemah tidak mampu menentang kehadiran virus baru.

Sumber https://outbreaknewstoday.com/singapore-records-2nd-highest-dengue-tally-in-2022/

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Keberkesanan bakteria Wolbachia Singapura mencatatkan jumlah denggi ke-2 tertinggi pada 2022 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares