◼️1. Makanan dan Minuman

Makanan atau minuman dalam botol tersimpan dalam kereta bertutup perlu dibuang untuk mengelakkan keracunan.

Bekas minuman plastik mudah terurai dalam kepanasan matahari kepada bahan kimia yang melarut dalam air.



◼️2. Ubat-Ubatan

ubat mudah terkesan dengan cuaca panas. Perubahan kimia ubat berkemungkinan mendatangkan mudarat pula.

◼️3. Gajet Berbateri

Apa sahaja gajet yang menggunakan bateri lithium ion seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, atau peranti penyimpan tenaga seperti pek bateri, mudah meletup jika ditinggalkan di dalam kereta yang terjemur panas matahari.

◼️4. Tin penyembur Aerosol

Tin mengandungi bahan aerosol seperti spray dandanan rambut, spray racun serangga, spray pewangi mudah meletup dalam keadaan bahang panas.



◼️5. Ubat Gegat dan Racun serangga

Bahan ini mudah meruap dalam kereta terutama yang diletakkan dibawah panas matahari.

Bahan kimia yang meruap akan meresap ke dalam badan melalui pernafasan.


◼️6. Pemetik Api

Pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang terjemur kepanasan matahari



◼️7. Petrol Simpanan

Ada juga pemandu yang ni menyimpan simpanan petrol di dalam kereta. Mungkin ia tidak akan terbakar tiba-tiba, tetapi dalam situasi kemalangan, sedikit percik api boleh menyambar petrol dengan mudah.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Elakkan menyimpan bahan merbahaya Dalam Kereta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares