Bagi penggemar kopi, aroma dan rasa kopi asli khususnya kepekatan tunggal(Single shot) dan berganda Double Shot) menjadi pilihan utama.

Penyediaan kopi kepekatan tinggi memerlukan mesin khas. Namun ianya boleh juga disediakan menggunakan teknik rendaman biasa.

Teknik kali ini menggunakan kaedah kukus serbuk kopi. Kaedah ini mengambil sedikit masa kira kira 30 minit.

Peralatan yang diperlukan ialah alat pengukus samada konvensional atau menggunakan elektrik.

Masukkan 2 sudu teh serbuk kopi kedalam uncang. Kemudian letakkan didalam cawan pengukus .

Kukus kopi selama 30 minit untuk mendapat aroma segar dan rasa kepekatan kopi asli. Setelah selesai tempoh kukus, keluarkan kopi dan tambah air mendidih. Biarkan kopi terendam 15 minit sebelum menikmati aroma pekat tunggal.

Eksperimen untuk mendapat rasa pekat tunggal atau pekat berganda bergantung kepada

1) Jenis Kopi yang digunakan

2) Kuantiti Kopi untuk dikukus. Kebiasaannya 2 sudu memadai untuk rasa pekat tunggal. 4 sudu untuk mencapai rasa aroma pekat berganda

3) Tempoh pengukusan untuk pekat tunggal sekitar 30 minit, manakala pekat berganda sekitar 50 minit.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Buat sendiri kopi pekat tunggal dan pekat berganda " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares