Seringkali berlaku kebakaran di dapur akibat kecuaian.

Apabila selesai memasak, periuk atau kuali dibiarkan berada diatas penunu dapur. Kerap kali berlaku api dikecilkan tanpa dipadamkan.

Kemudian terlupa bahawa api masih menyala di mod kecil. Kebiasaannya api gas kecil tidak begitu kelihatan sehingga bahan yang dimasak mula hangus kerana kekeringan.

Inilah antara punca kebakaran sering berlaku. Cara paling selamat ialah sentiasa mengalihkan periuk atau kuali ke bahagian tepi dapur.

Dengan cara ini, kita boleh memastikan api dapur telah dipadamkan sepenuhnya.

Elakkan meninggalkan kuali dan periuk diatas dapur untuk mengelakkan kecelakaan berpunca dari terlupa untuk menutup dapur gas sepenuhnya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Amalan keselamatan semasa memasak " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares