Umumnya kambing berkeliaran di padang rumput, tetapi pemandangan yang sangat luar biasa apabila mengembara di sekitar Maghribi mendapati kambing makan di atas pokok.
Pemandangan kambing yang memanjat di atas pokok sangat unik sehingga menarik minat ramai pelancong untuk bergambar.
Pemandangan ini dapat dilihat di kawasan gurun dan separa gurun di barat daya Maghribi ketika buah pokok Argan matang sekitar bulan Jun dan Julai setiap tahun.

Buah Argan terkenal kerana hasil minyak yang diekstrak kaya dengan asid lemak penting dalam masakan dan kosmetik serta rawatan penyakit kulit.
Permintaan yang tinggi untuk kacangnya menjadikan tumbuhan itu nama lain: “emas padang pasir” Maghribi.

Kambing spesis Tamri memiliki keupayaan memanjat pokok. Buah Argan yang enak menjadi kegemaran kambing Tamri.




Tetapi kerana mengejar keuntungan, ramai petani tempatan memaksa kambing naik di atas pokok dengan sengaja semasa musim kedatangan pelancon walaupun tidak ada buah di atas pokok, supaya mereka boleh mengenakan bayaran untuk mengambil gambar.
Tingkah laku sebegini bukan sahaja menyebabkan kambing mengalami tekanan dibawah terik sinaran matahari, malah turut merosakkan pokok-pokok yang dikategorikan sebagai spesis terancam oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN).
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Keunikan Maghribi Kambing panjat pokok " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.