Keperluan penggunaan teknologi disekolah selari dengan hasrat permodenan kaedah pembelajaran.
Penggunaan peranti gajet yang berkelajuan tinggi telah membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran disekolah.
Maka timbullah cadangan menggantikan buku teks fizikal dengan versi digital. Antara yang menjadi perbualan hangat ialah berat beg dengan buku teks fizikal mencapai 8Kg.

Kebaikan Buku Teks Digital:
Salah satu keresahan terbesar ibu bapa ialah masalah buku teks terlalu berat untuk dipikul oleh anak mereka terutama diperingkat sekolah rendah.
Penggunaan Buku teks digital dilihat dapat menghapuskan isu ini kerana buku teks boleh diakses pada tablet ringan sahaja
Selain itu, buku teks digital bermanfaat kerana mereka tidak menggunakan kertas, menjadikannya lebih mesra alam.
Kekurangan Buku Teks Digital
Walaupun buku teks digital mungkin interaktif, pelajar tidak mempunyai buku fizikal untuk menyelak muka surat. Pelajar perlu membiasakan diri dengan kaedah baru ini.
Melihat skrin LCD meletihkan mata dan boleh menjadi gangguan, terutamanya jika terdapat silau.
Kelebihan Buku Teks Fizikal
Pelajar umumnya membesar dengan buku teks fizikal. Oleh itu, mereka telah terbiasa tabiat belajar berasaskan kepada buku teks fizikal. Juga, mereka tidak memerlukan sumber kuasa elektrik.
Kelemahan Buku Teks Fizikal
Antara kelemahan buku teks fizikal ialah ia sering mengandungi maklumat lapuk.
Guru mesti memberitahu pelajar apa maklumat terkini penambahbaikan baru. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar lebih menyukai buku teks digital, tetapi lebih mudah memahami melalui buku teks fizikal.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Buku Teks Digital berbanding versi kertas " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.