Berita Harian 18 Januari 2023 memetik kerisauan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan hutang negara termasuk liabiliti mencecah sebanyak RM1.5 trilion.

Perdana Menteri juga berkata masalah ini perlu ditangani segera tanpa menjelaskan butiran terperinci.

Mengikut analisis Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Malaya, Goh Lim Thye, hutang negara yang tinggi bukan sesuatu yang memeranjatkan, asalkan aset negara lebih besar berbanding obligasi hutangnya dan wang yang dipinjam berupaya menjana pendapatan pada masa akan datang.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Malaya, Goh Lim Thye.

Beliau mengambil contoh negara Amerika Syarikat dan Singapura yang memiliki hutang tinggi berbanding KDNK, tetapi tidak menjadi ancaman kepada aliran tunai negara.

Penghasilan negara mesti sentiasa dipertingkatkan untuk menjana lebihan pendapatan dan secara langsung memperkukuhkan keupayaan membayar hutang.

Wang dari hutang hendaklah dimanfaatkan secara berkesan menjana pendapatan negara.

Secara perbandingan Singapura, yang mempunyai nisbah hutang kepada KDNK sebanyak 187 peratus manakala Malaysia dengan nisbah sekitar 80 peratus (termasuk liabiliti) dan ia tidak terlalu serius.

Namun, satu-satunya aspek yang kita tiada persamaan adalah (dari segi) jumlah aset.

Jumlah aset Singapura sebenarnya melebihi jumlah yang dipinjam. Justeru, sebagai penggubal dasar, kita perlu mempertimbangkan bagaimana untuk mengumpulkan aset dan menjana pendapatan, barulah kita sewajarnya dalam keadaan baik.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Hutang Tinggi Bukan Masaalah asalkan... " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares