Januari Hingga Mac merupakan tempoh daerah utara semenanjung penurunan suhu beserta hujan.



Kawasan seperti Daerah Sik Kedah mengalami suhu sejuk sehingga 19°C.

Penduduk dilihat memakai pakaian tebal dan ada yang mengatakan cuaca kali ini paling sejuk yang pernah dialami.


Anak-anak terutama di tadika mandi air suam dipagi hari. Kelihatan juga anak anak menggigil walaupun telah mengenakan pakaian tebal.

Keadaan pagi dilaporkan berkabus tebal.


Pengarah MetMalaysia Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata keadaan sejuk adalah fasa kedua Monsun Timur Laut yang melanda daerah berkenaan.

Lapisan awan yang berkurangan menyebabkan haba terlepas dengan cepat.

Keadaan ini akan menyebabkan suhu menurun dan orang ramai berasa lebih sejuk daripada biasa


Menurut MetMalaysia, Sik diramalkan mengalami suhu minimum 19°C sepanjang minggu, dan ketika suhu meningkat maksimum 32°C

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sik sejuk 19°C seperti Cameron Highlands " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares