Seorang awam Yahudi menembak mati seorang warga Palestin pada satu kejadian hari sabtu 21/1/2023 di ladang peneroka haram yahudi Sde Efraim yang terletak di Tebing Barat yang diduduki Israeli.

Orang awam Yahudi berkenaan bertindak menembak ekoran cubaan menikam oleh mangsa, kata sumber tentera Israel yang mengulas insiden terbaru keganasan di wilayah berkenaan.

Kementerian kesihatan Palestin berkata Tariq Maali 42 tahun terbunuh ditembak warga Israel berkenaan” berhampiran perkampungan Palestin Kafr Nama.

AFP melaporkan 18 orang Palestin terbunuh setakat bulan ini di Tebing Barat.

Seorang jurugambar AFP melihat tentera Israel menghalang ambulans Palestin daripada mengakses lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa.


Mahmoud Aidi, seorang doktor Palestin, berkata responden pertama cuba sampai ke tempat kejadian tetapi terdapat “kehadiran tentera yang kuat tertumpu di atas bukit, dan kami tidak dibenarkan untuk menyelamatkan mangsa”.

Tentera berkata sebuah ambulans Israel membawa pergi mayat seorang lelaki yang “sudah mati di tempat kejadian, jadi tiada rawatan perubatan untuk diberikan”.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu merancang untuk meneruskan dasar peningkatan pengembangan penempatan di Tebing Barat, dan parti-parti Yahudi ultra-Ortodoks dalam gabungannya menyokong penaklukan beberapa wilayah.

Hasrat regim Israel memperluaskan kawasan pendudukan haram telah mencetuskan kebimbangan peningkatan aktiviti ketenteraan di wilayah Palestin yang diduduki Israel sejak Perang Enam Hari 1967.

Keganasan bulan ini menambah angka kematian yang menyaksikan lebih 150 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat tahun lalu, angka tahunan tertinggi sejak rekod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula pada 2005.

Sekurang-kurangnya 26 warga Israel dan 200 rakyat Palestin terbunuh di seluruh Israel dan wilayah Palestin pada 2022, menurut pengiraan AFP daripada sumber rasmi.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Orang awam Yahudi bunuh rakyat Palestin di ladang Tebing Barat " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares