Berdasarkan laporan Julai 2022, Nigeria paling tinggi penggunaan internet.

Menurut angka Pertubuhan Bangsa Bersatu terkini, daripada 7.98 bilion orang di dunia, 5 bilion adalah pengguna internet atau 63%.

4.6 Bilion atau 92.4% dari jumlah pengguna internet dunia menggunakan telefon pintar untuk mengakses internet.

Nigeria ialah negara yang paling ramai pengguna internet menggunakan telefon pintar untuk melayari web (98.4% daripada 16-64 tahun).


YouTube ialah tapak web yang paling banyak dikunjungi, menurut ranking Semrush pada Februari 2022, mendahului Google dan Facebook.


Mengejutkan, Filipina adalah peneraju masa paling banyak dihabiskan dalam internet. Pengguna Negara Filipina menghabiskan 10 jam 23 minit di Internet.

Jumlah Itu lebih daripada dua kali ganda masa yang diluangkan oleh pengguna internet Jepun, yang kekal berhubung selama 4 jam, 3 minit sehari, di bawah purata dunia 6 jam, 53 minit.

Malaysia pula berada di tempat keenam dengan 9 jam, 4 minit setiap hari, manakala Singapura tidak mencapai 10 teratas — berada di tempat ke-14 dengan 7 jam 50 minit.

Secara puratanya Malaysia menggunakan internet sebanyak 141 hari dalam setahun.

Pengguna di Amerika Syarikat berada di atas purata, dengan 7 jam, 11 minit dihabiskan di internet.

Berikut ringkasan turutan negara yang menghabiskan paling banyak masa di internet setiap hari (dari usia 16 hingga 64 tahun)

1. Filipina: 10 jam dan 23 minit
2. Afrika Selatan: 10 jam dan 19 minit
3. Brazil : 9 jam dan 56 minit
4. Argentina: 9 jam dan 46 minit
5. Colombia: 9 jam dan 46 minit
6. Malaysia: 9 jam dan 04 minit
7. Mexico: 8 jam dan 56 minit
8. Thailand: 8 jam dan 49 minit
9. Emiriah Arab Bersatu: 8 jam dan 28 minit
10. Indonesia : 8 jam dan 08 minit

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Status 2022 Malaysia tempat ke-6 paling banyak masa di internet setiap hari.
" di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares