Setiap daripada kita diuji dengan kehidupan yang mencabar dan berhadapan banyak kesukaran, tetapi kita mesti berpegang pada semangat untuk tidak pernah dikalahkan




Tang Jian di warung Sosej

Seorang pemilik restoran di China telah ditimpa kerugian perniagaan dengan tanggungan hutang AS$6.4 juta ekoran kegagalan pelaburan dalam industri kejuruteraan.

Bagaimanapun Tan Jian 52, tidak patah semangat mengambil keputusan berniaga warung tepi jalan menjual sosej untuk mencari dana melangsaikan hutang berkenaan.

Menurut laporan South China Morning Post, Tang Jian, 52, adalah pemilik beberapa kedai makan pada usia 36 tahun.


Pada 2005, dia menceburi bidang kejuruteraan landskap — satu langkah yang mengakibatkan kerugian besar.


Dia menjual rumah, kereta dan restorannya tetapi masih berbaki hutang sebanyak 46 juta yuan (AS$6.4 juta).


Tang kemudian nekad untuk mendirikan sebuah gerai sosej di bandar Hangzhou, sebagaimana dilaporkan Qianjiang Evening News.


“Setiap daripada kita diuji dengan kehidupan yang mencabar dan menghadapi banyak kesukaran, tetapi kita mesti berpegang pada semangat untuk tidak pernah dikalahkan,” katanya dipetik South China Morning Post.


Tang berharap tindakannya itu dapat memberi motivasi kekuatan kepada kalangan yang ditimpa kesulitan.

Beliau berkata seseorang itu mesti belajar untuk menghadapi kesukaran dan terus mara ke hadapan dengan berani.


Usahawan itu menambah manusia dilahirkan tanpa apa-apa dan tidak perlu takut untuk memulakan semula.

Mesej Tang menjadi popular di media sosial, ramai beberapa memuji keberanian dan sikap tanggungjawabnya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Taikun restoran jadi penjual sosej jalanan untuk membayar hutang AS$6.4 juta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares