Arnab ialah mamalia kecil yang comel dan berperwatakan manja.




Badan gebu dan gemar melompat membuatkan ramai peminat haiwan kesayangan terhibur.

10 Fakta arnab yang istimewa


1) Arnab adalah makhluk yang sangat sosial yang hidup berkelompok. Mereka tinggal dalam terowong dan bilik yang mereka gali di bawah tanah.


2) Gigi arnab sentiasa tumbuh menggantikan gigi haus.

3) Jangka Hayat arnab purata selama 8 tahun.

4) Arnab gemar melompat menunjukkan mereka gembira.

5) Mata arnab berada di bahagian tepi kepala mereka, bermakna mereka boleh melihat hampir 360°. Ini membantu mereka mengawasi ancaman pemangsa.


6) Seperti kucing, arnab tidur mendengkur.


7) Arnab ialah atlet yang hebat — mereka boleh melompat setinggi 90 sentimeter dalam satu lompatan


8) Telinga sehingga 10 sentimeter panjang, arnab boleh memusingkan telinga mereka sebanyak 180 darjah, mengesan ancaman pemangsa dengan pantas.


9) Lobak bukan makanan bagus untuk Arnab sebagaimana dipamer dalam cerita televisyen. Arnab menyukai rumput kering, sayur-sayuran seperti kangkung. Mudah sakit perut jika mereka makan terlalu banyak.


10) Arnab cepat membiak. Ibu arnab mengandung antara 28-31 hari, melahirkan sehingga 14 ekor anak.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 10 fakta arnab yang istimewa " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares