Pemacu kilat 1 terabait (TB) boleh menyimpan teks 1 juta buku. Satu terabait hanya melebihi 1 juta megabait (MB) atau lebih daripada 1 trilion bait.

Pemacu kilat ( flash drive) atau memori dinyar

Untuk rujukan
1Megabait bersamaan 1024 Kilobait

1Gigabait (GB) bersamaan 1024 Megabait (MB)

1Terabait (TB) bersamaan 1024 Gigabait (GB)


Pemacu kilat mempunyai berat kurang daripada 30 g tetapi boleh memuatkan 1 TB data. Memori denyar boleh dipadamkan dan diprogramkan semula beribu kali.

Pemacu kilat 1-TB boleh menyimpan purata 1 juta buku 200 halaman.

Perpustakaan Kongres di Washington, DC, adalah
perpustakaan terbesar di dunia,
yang mengandungi 35 juta buah buku.

Semua 35 juta buku teks itu boleh disimpan 36 keping memori denyar bersaiz setiap satunya 1-TB.

Saiz koleksi Perpustakaan Kongres dianggarkan memenuhi kira-kira 838 batu (1,349 km) rak buku. Perpustakaan ini menyimpan lebih daripada 167 juta bahan bercetak sebahagian nya 39 juta buku dan bahan cetakan berkaitan.


Kajian pada tahun 2000 oleh saintis maklumat Peter Lyman dan Hal Varian mencadangkan bahawa jumlah 26 juta data teks yang tidak dimampatkan memerlukan 10 terabait atau 10 keping pemacu kilat 1 TB.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Berapa banyak buku yang boleh dimuatkan pada pemacu kilat? " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares