

Mulai 15 Februari 2023, murid sekolah rendah lengkap berpakaian seragam dan Orang Kurang Upaya (OKU) akan menikmati insentif tambang percuma tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke susulan penangguhan perkhidmatan KTM komuter dari Subang Skypark ke KL Sentral berkuat kuasa pada tarikh sama.

Anthony Loke berkata tawaran percuma itu bagi perkhidmatan tren komuter sektor utara dan Lembah Klang serta perkhidmatan antara bandar bagi laluan Gemas-Tumpat.
Inisiatif ini akan diperluaskan kepada murid sekolah menengah apabila Keewangan kerajaan mengizinkan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " OKU dan murid sekolah rendah nikmati tambang percuma KTMB mulai 15 Feb 2023 " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.