Jawapannya ialah cheetah ialah haiwan darat terpantas, tetapi hanya dalam jarak yang dekat. Kuda lebih perlahan, tetapi boleh berlari lebih jauh sebelum mereka letih.

Pelari pecut terpantas, berlari 100 m dalam masa kurang daripada 10 saat, mencapai kelajuan tertinggi mereka biasanya semasa jarak 60–80 m.

Jika mereka dapat mengekalkan kelajuan tertinggi ini sepanjang perlumbaan, mereka akan berlari dalam masa 8.4 saat pada kelajuan 43 kph.

Pada kelajuan tertingginya, seekor cheetah akan menamatkan larian pecut 100 m dalam masa sekitar
3 saat.


Cicak Basilisk

Cicak Basilisk boleh melarikan diri daripada pemangsa dengan berlari melintasi permukaan air. Berlari pada kelajuan sekitar 6 kph, mereka boleh mengekalkan kelajuan untuk jarak 20 m.


Kuda lumba memiliki kekuatan
berlari sehingga 70 kph dalam perlumbaan sejauh 400 meter.

Berlari pada kelajuan ini,
kuda itu boleh menamatkan
larian pecut 100 m dalam 5.15 saat.


Seekor harimau bintang boleh memecut pada kelajuan yang luar biasa untuk menangkap mangsanya pada kelajuan 115 kph, tetapi pengejaran hanya akan berlangsung selama kira-kira 30–60 saat, selepas itu harimau ini menjadi terlalu letih.


Ringkasan kelajuan mengikut turutan menaik.

Siput 0.05 kph
Tikus 13 kph
Tupai 21 kph
Gajah 40 kph
Manusia 43 kph
Kucing domestik 48 kph
Anjing Greyhound 70 kph
Singa Afrika 89 kph
Rusa Pronghorn 100 kph

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Siapakah pelari terpantas? " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares