Nama : kangaroo merah
Nama saintifik : macropus rufus
Keluarga : marsupial
Kanggaru adalah haiwan marsupial paling besar yang masih wujud. Berat haiwan ini boleh mencecah sehingga 90kg dan tinggi 1.8 meter.

Sama seperti haiwan marsupial lain, poket unik dibawah perut digunakan membesar anak mereka sehingga lah anak mereka cukup kuat untuk untuk bergerak sendiri.
Sumber makanan kanggaru ialah tumbuh-tumbuhan.
Ramai orang menyangka kanggaru adalah haiwan sangat comel dan boleh dipeluk.


Sebaliknya mereka adalah peninju yang sangat kuat. Jika diancam mereka kebiasaannya akan melarikan diri tapi dalam keadaan terdesak, kangaroo akan pertahankan diri mereka dengan menumbuk dan menendang musuh.
Dikatakan tumbukan dan tendangan mereka mampu menyebabkan manusia maut. Kangaroo mampu berlawan lebih daripada 1 jam ketika musim mengawan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kangaroo peninju paling kental " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.