Pada 20/1/2023, TNB telah melancarkan kemudahan pengecas EV pantas TNB Electron DC (DCFC) pertama di dua lokasi iaitu R&R Ayer Keroh arah utara Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan R&R Paka arah utara Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Kemudahan pengecasan ini disediakan secara percuma sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Stesen Elektron dilengkapi dengan unit DCFC semua-dalam-satu yang mempunyai dua output 90kW.
Untuk menggunakan kemudahan ini, pemilik EV perlu membuat pengaktifan aplikasi mudah alih GO TO-U yang tersedia untuk peranti Android dan iOS.

Kemudahan TNB Electron DCFC Tapah menyediakan dua pengecas berkuasa 180kW setiap satu.
TNB juga dalam rangka menyediakan sistem pengecas untuk motosikal elektrik.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Pengecas Pantas DC Elektron TNB Pertama Kini Beroperasi " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.