Tidak dinafikan Belanda adalah antara negara terkehadapan melaksanakan pengurusan sampah mesra alam.



Belanda mengamalkan undang-undang dan peraturan yang ketat di sekitar pengurusan sisa.


Selari dengan mentaliti rakyat Belanda yang serius melindungi alam sekitar dan ini diterjemahkan dalam rupa usaha gigih mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori besi, kayu,kaca, perkakasan elektrik, fabrik, plastik dan sisa kimia umpamanya bateri.

Tidak membuang sisa mengikut kategori akibatnya dikenakan denda.




Tong sampah berbeza warna ditemui di Perbandaran Belanda ialah:
◦ Greenwaste – Tong hijau
◦ Kertas – Tong biru
◦ Pembungkusan plastik, logam & minuman (PMD) – Tong oren
◦ lain lain– Tong kelabu atau hitam

Pembelian minimum berbotol dikenakan cas deposit. Deposit dikembalikan setelah botol botol diserahkan kepada stesen pemulangan.

Akhir sekali, sisa lain seperti sisa kimia, bateri dan ubat boleh dibuang di farmasi, pasar raya atau stesen pengumpulan yang ditetapkan.

Sampah besar seperti perabut, besi binaan perlu dihantar sendiri ke stesen kitar semula.

Bayaran stesen ini ialah euro14 bagi setiap penghantaran.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Seni kitar semula di Belanda " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares