Hidung kucing boleh berubah warna dari putih, merah jambu cerah ke merah jambu gelap.

Keadaan ini berlaku kerana keterujaan atau ancaman persekitaran. Degupan jantung akan meningkat pengaliran darah.


Hidung kucing terdapat banyak saluran darah kecil.

Saluran darah ini boleh mengembang dan mengecut mengikut faktor yang berbeza beza seperti kepanasan, kesejukan serta perubahan tekanan darah.

Ini menghasilkan pelbagai
warna merah jambu pada hidung kucing.

Seperti contoh apabila kucing itu kesejukkan, saluran darah akan mengecil jadi hidung kucing anda akan kelihatan lebih cerah.

Dan apabila kucing tersebut kepanasan atau tekanan darah meningkat jadi saluran darah mengembang dan ini membuatkan hidung kucing berwarna lebih pekat atau merah.

Beberapa petanda penting hidung kucing

• Jika hidung kucing anda selalu berwarna pink cerah dan berubah menjadi putih ini mungkin tanda tanda kucing anda menghidap anemia atau masalah aliran darah.

• Jika ada warna lebam kebiruan pada hidung kucing anda ini menunjukkan pengurangan oksigen pada tisu tersebut ini adalah disebabkan oleh beberapa kegagalan organ dalam,
tahap hemoglobin rendah dalam darah atau keracunan ubatan demam acetaminophen yang sememangnya merbahaya pada kucing.

• Jika perubahan warna hidung kucing anda berkaitan dengan peningkatan aktiviti kucing anda dan terdapat juga masalah pernafasan, seperti bernafas laju atau tercungap cungap dengan mulut terbuka ini mungkin hal kecemasan dan anda patut membawa kucing anda ke veterinar terdekat untuk pemeriksaan lebih lebih lagi sekiranya perkara ini tiba-tiba berlaku pada kucing anda.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kenapa hidung kucing berubah warna " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares