Bunga adalah antara salah satu kurniaan Allah Azzawajalla sebagai makanan dan juga rawatan untuk manusia.
Terdapat beberapa jenis bunga yang mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi manusia.
Antaranya bunga orkid Saffron Crocus yang banyak digunakan untuk penghasilan rempah serta minyak Saffron.

Pokok orkid Saffron Crocus mampu tumbuh sehingga 20 ke 30 sentimeter, Saffron Crocus adalah sejenis bunga yang sangat cantik.
Dalam pertumbuhannya, bunga ini memerlukan cahaya matahari secara langsung.
Setiap bunga hanya menghasilkan 3 stigma. Apabila bunga telah dituai, stigmanya mesti dipetik dan dikeringkan selama kira-kira 12 jam. Ia memerlukan antara 15,000-16,000 bunga untuk menghasilkan 1 kilogram rempah Saffron. Dari segi tenaga buruh, untuk menghasilkan jumlah 1Kg rempah ianya mengambil masa 370–470 jam.
Proses penuaian intensif buruh inilah yang menjadikan Saffron begitu mahal.
Bahagian pada bunga ini sering digunakan sebagai rempah masakan dan dikenali sebagai rempah Saffron, antara bahan masakan paling mahal di dunia.


Jadi, tak menghairankanlah jika bunga ini berada dalam kategori bunga paling mahal di dunia, dengan harga di antara RM8,680 hingga RM11,000 sekilogram.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Jawapan kenapa masakan dicampur minyak Saffron mahal harganya " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.