Kemahiran mengarang boleh menjadi profession menjana pendapatan. Tidak perlu kepada pekerjaan secara konvensional
Berkongsi maklumat tentang sesuatu topik yang mungkin menjadi kegemaran ramai.
Pembacaan yang luas, sentiasa mencari maklumat baru merupakan asas utama bagi membolehkan tugas mengarang menjadi lebih efektif.


Salah satu caranya ialah penulisan dibuat menggunakan kaedah blog untuk menjana pendapatan.
Persediaan awal ialah
1) menyediakan tapak blog. Tapak blog percuma seperti blogspot.com dan WordPress.com.
2) Daftar pengewangan Mgid dan AdSense. Dua perkhidmatan pengiklanan untuk menjana duit bagi blog anda.


Anda perlu aktif memviral blog supaya jumlah pelawat harian melepasi syarat minima seramai 3000 orang.
Kelulusan mengambil sedikit masa.
AdSense membuat pengesahan alamat dengan menghantar kod pengaktifan melalui pos. Kebiasaannya kod pengesahan akan tiba dalam tempoh 2 hingga 3 minggu.


3) Kumpulkan pengikut setia blog di channel khas Whatsapp atau telegram. Kongsikan semua hantaran blog supaya pengikut anda mendapat maklumat cepat dan mudah.
Asasnya untuk meningkatkan pembaca blog anda seramai mungkin. Lebih ramai pembaca bermakna pendapatan anda juga meningkat.
4) Daftar akaun paypal untuk memudahkan proses pembayaran masuk ke akaun anda.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Teknik Menjana wang dari penulisan kreatif media sosial " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.