Google Health ialah kemudahan sisyem rekod kesihatan dalam talian yang dilancarkan pada 2008. Ianya berbeza dengan projek Google 2018.

Google Health direka untuk menyediakan pengguna tempat menyimpan semua data kesihatan mereka – rekod perubatan, alahan, keputusan makmal, preskripsi, dll.
Punca Kegagalan
Google menghentikan perkhidmatan Google Health pada 1 Januari 2012, dan pengguna diberikan tempoh satu tahun tambahan untuk memuat turun dan menyimpan data mereka.
Google menjelaskan bahawa, walaupun perkhidmatan itu semakin popular dengan “pesakit yang celik teknologi ” namun banyak kekangan lain yang menghalang kemajuan sistem Google Health..
Antaranya rekabentuk tidak menarik, dan tidak “cukup sosial,” seperti yang dinyatakan oleh Adam Bosworth, pemimpin asal Google Health.
Pengguna juga tidak cenderung untuk menyimpan semua rekod perubatan mereka dengan Google.
Tambahan pula, ia tidak menawarkan sebarang penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pengguna semasa menguruskan kesihatan mereka.
Seperti yang dinyatakan oleh John Moore dari Chilmark Research, Google Health tidak membantu pesakit menjimatkan wang untuk bil insurans mereka, mengisi semula preskripsi atau mendapatkan temu janji dengan doktor.
Google Health tidak melibatkan doktor dalam keseluruhan sistem, dan mereka juga tidak menetapkan cara yang betul untuk syarikat insurans berkongsi data, yang merupakan kelemahan besar.
Akhir sekali, semuanya tidak menguntungkan Google.
Kaedah pengiklanan sebagaimana di YouTube didapati tidak begitu berkesan dalam Google Health.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Apakah Google Health dan Mengapa Ia Dihentikan?
" di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.