Tema Hari Wilayah 2023
‘Wilayah Persekutuan Untuk Semua’ mencerminkan semangat perpaduan, kesefahaman dan kekitaan warga Wilayah Persekutuan khususnya dan Malaysia amnya.
Setiap 1 Februari Wilayah Persekutuan menyambut ulangtahun penubuhannya.

Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur yang dahulunya, sebahagian daripada Selangor diserahkan oleh Sultan Selangor ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kepada kerajaan Persekutuan untuk dijadikan ibu negara dan ditadbir secara langsung dibawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Labuan pula diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua pada 1984.

Putrajaya diisytiharkan secara rasmi sebagai Wilayah Persekutuan ketiga pada 1 Februari 2001.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan diraikan pada 1 Februari setiap tahun dan ia merupakan Hari Kelepasan Am (Cuti Umum) bagi 3 buah wilayah tersebut iaitu:
WP Kuala Lumpur
WP Labuan
WP Putrajaya
Bagi tahun 2023, ia jatuh pada hari Rabu.
Maklumat Lanjut:
Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan : https://www.jwp.gov.my/
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Wilayah Persekutuan untuk semua " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.