Peningkatan tinggi penyakit kronik seperti obesiti, diabetes, jantung, kanser, 100 lebih jenis arthritis, anxiety, kemurungan, Alzheimer, gastritis, Athma, ekzema, auto immune dan banyak lagi dikatakan berpunca dari amalan pemakanan tidak mengikut piawaian sepatutnya.



Pekedai makanan menyediakan makanan segera dengan campuran bahan-bahan perasa yang merbahaya kepada kesihatan. Contohnya bahan gula pasir, garam sodium putih, perasa, kicap,segala jenis sos cili, mayonis, sos lada hitam dan banyak lagi merupakan makanan yang diproses tanpa mengambil kira kesan kepada kesihatan.

Asalkan sedap dimakan maka tidak ada yang mempersoalkannya.

Makan sekali sekala mungkin tidak begitu memberi kesan. Masalahnya sekali sekala itu berlaku hampir setiap hari. Kadang makanan pemberian juga mengandungi begitu banyak campuran bahan bahan mendatangkan mudharat.

Setelah 5 tahun baru terasa ada sesuatu yang tidak kena kepada badan.

Apabila buat pemeriksaan kesihatan didapati tekanan darah tinggi, gula tinggi, kolesterol jahat tinggi dan tidur tidak senyenyak dahulu.

Inilah dilema yang dikatakan penyakit kronik iaitu mengambil masa yang panjang untuk menunjukkan kesan sebenar.

Penyakit kronik atau dikenali di kalangan ahli perubatan sebagai sindrom metabolik.

Tiada ubat moden untuk memulihkan masalah sindrom metabolik.

Perubahan gaya hidup, cara pemakanan dan paling penting mempelajari ilmu pemakanan sihat merupakan penyelesaian kepada permasalahan penyakit kronik atau sindrom metabolik.


Penting untuk mengetahui makanan yang perlu dielakkan dan mengapa ia tidak baik untuk kita.

Hampir seluruh dunia samada rakyat negara miskin mahupun kaya dilanda masaalah gangguan metabolik seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, diabetes, masalah sendi dan saraf yang menghadkan mobiliti dan lain-lain.

Tidak dinafikan gaya hidup yang tidak aktif menjadi antara penyumbang kepada masalah kesihatan khususnya sindrom metabolik, pemakanan seperti apa yang dimakan dan cara pemakanan juga mesti diberi perhatian.

(Visited 18 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Benarkah ramai cakap penyakit kronik punca dari kejahilan cara makan
" di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares