Terletak di antara Jordan, Israel, Tebing Barat, dan Palestin, Laut Mati adalah salah satu tempat paling unik di bumi.

Pada 1,412 kaki di bawah paras laut, pantainya bertaraf sebagai titik daratan terendah di bumi.

Batu garam yang memiliki kemasinan tinggi



Dengan kandungan mineral dan garam yang tinggi 7 kali kemasinan laut biasa, Laut Mati terlalu masin untuk menyokong kebanyakan bentuk kehidupan haiwan dan tumbuhan.

Badan manusia yang berat boleh terapung di Laut Mati.

Badan terapung dalam air laut mati




Satu-satunya kehidupan yang boleh bertahan dalam keadaan ini adalah mikrob kecil, namun Laut Mati dikunjungi oleh ribuan orang setiap tahun semasa mereka mendapatkan rawatan kulit bermasalah, terapi kesihatan dan bersantai.

Laut Mati telah menjadi destinasi rekreasi dan penyembuhan penyakit kulit. Beberapa pusat spa mewah telah muncul di sepanjang pantai Laut Mati untuk memenuhi keperluan pelancong.

Bagaimanapun, Laut Mati juga berdiri sebagai kesan azab Allah azzawajalla.

Laut Mati merupakan tapak kota purba Sodom, rumah Nabi Luth (Lot). Al-Quran menggambarkan penduduk Sodom mengamalkan seks sejenis yang diharamkan oleh Allah Azzawajalla.

Lut dengan gigih mengkhabarkan ajaran Allah, tetapi tidak berhasil kecuali beberapa pengikut pengikut sahaja dan dia dapati bahawa isterinya sendiri pun termasuk orang-orang yang kafir.

Menurut Al-Quran, hukuman dahsyat telah menimpa penduduk Kota Sodom digambar bumi Sodom diterbalikkan dan dihujani dengan batu dibakar di neraka. Setiap batu tertulis nama kaum Lut yang hendak dimusnahkan.

Surah Hud, Verse 82:
فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

Surah Hud, Verse 83:
مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.


Tapak hukuman ini kini adalah Laut Mati, berdiri sebagai simbol peringatan besar untuk umat kemudian.


Rasulullahﷺ mengingatkan orang ramai supaya mengelak dari melawat lokasi azab Allah azzawajalla :
“Janganlah kamu memasuki tempat orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri, kecuali jika kamu menangis, supaya kamu tidak mendapat azab yang sama seperti ditimpakan kepada mereka.”
Hadith riwayat Bukhari no. 3200, Muslim no. 2980 dan Ahmad)

Hari ini peringatan Rasulullahﷺ itu telah dilanggar sewenang-wenang. Semoga Allah azzawajalla memberi hidayah kepada penguasa untuk kembali patuh kepada larangan yang ditetapkan.

(Visited 204 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Laut Mati peringatan dan keajaiban badan manusia boleh terapung " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares