SINGAPURA: 3/2/2023 Seorang lelaki berdepan pertuduhan kerana mendera lima ekor kucing termasuk membuang dua daripadanya ke bawah dari blok Lembaga Perumahan dan memijak leher kucing sehingga mati.
Barrie Lin Pengli, 30, kembali ke mahkamah pada Rabu (1 Feb) untuk menghadapi pertuduhan.

Dia berhadapan lima pertuduhan di bawah Akta Haiwan dan Burung bagi pelbagai jenis kekejaman haiwan terhadap lima ekor kucing di Ang Mo Kio antara April 2020 dan Disember 2021.
Mengikut pertuduhan, Lin menyebabkan penderitaan keatas seekor kucing pada kira-kira 1.50 pagi pada 18 Apr, 2020 dengan mengurungnya dalam beg kalis air kecil.
Dia didakwa melakukan ini di Blok 544, Ang Mo Kio Avenue 10.
Tiga hari kemudian, dia didakwa membuang seekor lagi kucing dari tingkat 12 Blok 572, Ang Mo Kio Avenue 3 kira-kira jam 3.30 pagi.
Kucing itu kemudian mati kerana kecerderaan akibat jatuh terhempas.
Lin juga didakwa mengurung kucing ketiga dalam beg kalis air kecil dengan pengudaraan terhad pada kira-kira 4.30 pagi pada 21 Apr 2020, di Blok 207, Ang Mo Kio Avenue 1.
Pada kira-kira 3.30 pagi pada 15 Mei 2020, Lin didakwa melontar kucing keempat kucing dari tingkat lapan Blok 645, Ang Mo Kio Avenue 6.
Dia kemudian memijak leher haiwan itu, mengakibatkan kematiannya, kertas pertuduhan menyatakan.
Lin juga dituduh membunuh kucing kelima dan menghempasnya dua kali ke dinding. Ini didakwa berlaku kira-kira jam 5.17 pagi pada 27 Dis 2021, di Blok 645, Ang Mo Kio Avenue 6.
Lin diwakili peguam Azri Imran Tan.
Laporan pakar psikiatri swasta mengenai kesihatan mental Lin akan siap pada penghujung Februari
Beliau berkata, anak guamnya memulakan pekerjaan baharu pada 15 Feb, dan menjalani rawatan susulan dengan pakar psikiatri swastanya.
Lin dibebaskan dengan jaminan S$5,000 dan akan kembali ke mahkamah pada Mac.
Penalti bagi kekejaman haiwan di bawah Akta Haiwan dan Burung ialah hukuman penjara sehingga 18 bulan, denda sehingga S$15,000, atau kedua-duanya sekali.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki dituduh dera dan bunuh 5 kucing, termasuk mencampakkan dari blok apartmen " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.