Sesetengah anjing meminta makanan. Namun berbeza dengan anjing hitam gelandangan bernama negro.



Kisahnya Negro tinggal di kawasan kampus Institut Pendidikan Teknikal Monterrey Casanare di Colombia sejak lima tahun yang lalu.

Dia bertindak sebagai pelindung di sana, mengawasi kawasan sekitar semasa pelajar mengikuti pengajian.

Sebagai menghargai sumbangan Negro, Institut pengajian Monterrey Casanare menyediakan makanan, minuman, dan tempat khas untuk anjing Negro bersama anak-anak.



Walau bagaimanapun, anjing ini belajar sesuatu yang unik iaitu memahami untuk mendapatkan barangan dengan pertukaran barang.


Mungkin Negro melihat para pelajar mendapatkan biskut atau roti di kedai runcit dengan menghulurkan wang.


Satu hari Negro datang ke kedai dengan sehelai daun di mulutnya, mengibas-ngibaskan ekornya dan menyatakan keinginannya untuk biskut.


Negro telah mencipta wangnya sendiri, ianya satu kebijaksanaan haiwan ini.


Pekerja kedai memberinya biskut dan dibawa pulang kepada anak-anaknya.

Begitukah rutin harian Negro sentiasa datang kedai membawa sehelai daun untuk mendapatkan makanan bagi diri dan keluarganya.

Kecerdikan Negro menambat hati pihak pentadbiran yang menjadikan Negro sebagai Mascot institut berkenaan.


Berikut ialah video yang menunjukkan Negro di Institut pengajian Monterrey Casanare.

(Visited 100 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video]Anjing gelandangan guna daun beli makanan untuk anak-anaknya setiap hari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares