Nama Jawatan:
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 (KONTRAK / TETAP)

ID Pekerjaan:
JOB20230206
Tarikh Tutup:
27/02/2023

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:



JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

KEKOSONGAN JAWATAN : 01

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUBATAN DAN KESIHATAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

TARAF JAWATAN : KONTRAK / TETAP

GRED JAWATAN/GAJI : GRED U29 / RM1,797.00 – RM5,753.00



SYARAT LANTIKAN

Calon bagi bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Diploma dalam bidang Kesihatan Persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; dan

(b) Had umur pelantikan

Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.



B. UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.



C. CARA MEMOHON

Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan

Sistem Recruiting DBKL.



Calon yang mempunyai Diploma, sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/.

Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi, SPM, SVM, Sijil-sijil atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.


CATATAN

Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan / puan tidak berjaya.


TARIKH BUKA IKLAN : 13 FEBRUARI 2023 (ISNIN)
TARIKH TUTUP IKLAN : 27 FEBRUARI 2023 (ISNIN)

(Visited 1,372 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " DBKL Jawatan Kosong Tutup 27 Feb 2023
" di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares