IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat KDYMM Sultan Kedah dan Warganegara
Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan berikut :-

Jawatan : PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19

Agensi : Majlis Perbandaran Kubang Pasu

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan dan Kesihatan

Bilangan Kekosongan : Satu (1)

Jadual Gaji Minimum Maksimum :

Gaji Minimum RM 1,360.00

Gaji Maksimum RM 4,352.00



1. Syarat Lantikan

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
c)Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu
Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred
U19: RM1,418.12)

2. Syarat Kelayakan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang Bahasa Melayu kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

3. Syarat Peningkatan : Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu
Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu
Kesihatan Awam Gred U19 tertakluk kepada kekosongan
jawatan dan memenuhi syarat berikut:
a. telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
b. mempunyai kelayakan di perkara 1(c) di atas atau
lulus Peperiksaan Khas

c) had umur pelantikan:
i. berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
58 tahun; atau

iii. berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
60 tahun.

4. Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengawalan
dan pencegahan dalam program kebersihan alam sekeliling,
kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan
penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan
menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer
(Control and Prevention & Primary Health Care Approach).

5. Maklumat Tambahan : Kelayakan Sijil Pembantu Kesihatan Awam hendaklah
mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9
melalui menu “Maklumat Pemohon” – [ “Maklumat Kelayakan
Akademik”] “Pengajian Tinggi”.


6. Tarikh Tutup Permohonan : 2 Mac 2023


7. Taraf Jawatan : TETAP

(Visited 321 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Majlis Perbandaran Kubang Pasu jawatan kosong untuk dipohon segera (1 kekosongan)
" di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares