Kemelut wang Zakat Fitrah semakin parah.



Astro Oasis telah menampilkan Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis untuk bercakap secara terus terang kelemahan pendekatan Islam di negara ini.

Beliau mencabar penggunaan wang zakat yang terhimpun beratus juta ringgit tetapi tidak dapat diuruskan secara lebih efektif.

Beliau berkata “tidak sahaja orang yang tidak membayar zakat berdosa tetapi orang yang tidak menjalankan pengurusan zakat dengan sempurna juga adalah berdosa”

Beliau bertanya kenapakah wang zakat hanya mesti diberikan kepada pelajar-pelajar jurusan agama, kepada pelajar-pelajar yang hendak ke Azhar Universiti atau mereka yang hendak pergi belajar agama di negara-negara Arab tetapi tidak diberikan kepada pelajar-pelajar perubatan, kejuruteraan dan lain-lain bidang ilmu sedangkan Islam adalah agama yang mencakupi segala ilmu.

Ini katanya memberikan gambaran seolah-olah negara hanya memerlukan ustaz dan ustazah sahaja. Apakah Negara tidak memerlukan doktor, jurutera, arkitek, jurukur bahan, akauntan, ahli sains, pensyarah dan sebagainya.

Wang zakat yang terkumpul beratus juta ringgit bukan saja masih gagal diurus dengan adil dan saksama malah jauh dari mampu menebus maruah orang Islam di negara ini.

Masih ramai fakir miskin yang terbiar oleh kerana sikap jabatan zakat yang tidak pro aktif sebaliknya menunggu mereka datang meminta bantuan di pejabat dan menyusahkan pula mereka dengan keperluan mengisi berbagai borang dan kemudian terpaksa menunggu beberapa lama pula untuk mendapat bantuan bayaran.

Sepatutnya pegawai-pegawai zakat atau jabatan zakat bersikap pro aktif. Mereka bukan menunggu fakir miskin datang meminta bantuan tetapi mencari fakir miskin, menjalankan siasatan dan mencari orang Islam yang perlu diberikan bantuan.

Jika polis boleh mencari penjenayah maka kenapakah pegawai-pegawai zakat tidak boleh ditugaskan untuk mencari fakir miskin di daerah masing-masing? Tidakkah kemiskinan menggalakkan jenayah?

Jika wartawan-wartawan boleh mendedahkan kemiskinan dari semasa ke semasa, maka kenapa pegawai-pegawai zakat tidak dapat berbuat demikian?

Adakah pejabat-pejabat zakat mengambil berat tentang berita-berita kemiskinan dalam akhbar.

Lebih buruk lagi ialah apabila penerima penerima wang zakat ini disusahkan pula dengan upacara atau majlis penyampaian bantuan kepada mereka yang dipentaskan bagi tujuan politik yang memaksa mereka menunggu berjam-jam lamanya.

Jika kesedaran sikap mengurus duit zakat dapat dibentangkan menerusi khutbah-khutbah Jumaat dan berbagai tazkirah dan sebagainya maka mungkin negara kita akan lebih cemerlang dari Singapura atau pegawai-pegawai kerajaan kita akan berkerja dengan penuh disiplin dan tidak menyusahkan orang ramai.

Pentadbiran melayu terkenal dengan perangainya macam paku dengan penukul sekali ketuk sekali dia bergerak masuk. Tak diketuk ia terbiar berkarat menyusahkan orang pula dengan perangai besinya.

Ada pula jenis melayu yang angkuh disuruhnya kita jangan campur urusan dia dan jika bercakap banyak dicadangkan pula kita bertanding PRU.

Ini lah cabaran yang dihadapi oleh golongan yang memerlukan pembelaan khususnya para pelajar dan penderita kesihatan.

(Visited 923 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Apajadi jutaan wang zakat hanya untuk jurusan agama sahaja. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares