Kebas pada kaki dan tangan adalah masalah biasa jika berlaku sekali sekala.

Namun jika berlaku dengan kerap atau berterusan maka perhatian merawat mesti diutamakan.
Asas sakit kebas adalah tindakbalas deria kulit ekoran pendedahan kepada bahan sejuk, mampatan saraf, kecederaan saraf, terlalu banyak minum alkohol, keletihan, merokok, kekurangan magnesium dan Vitamin B12 dan kekurangan jumlah aktiviti fizikal yang betul.
Kadangkala, disebabkan oleh komplikasi fisiologi tertentu seperti diabetes, gout, multiple sclerosis, migrain, hipertiroidisme dan lain-lain lagi.
Gejala utama kebas adalah sakit yang tajam, rasa menyucuk, rasa terbakar dan lemah. Ini adalah keadaan yang sangat tidak selesa. Walau bagaimanapun, ia boleh dirawat dengan bahan didapur anda.
Berikut adalah bahan dapur yang membantu menghilangkan meredakan kesemutan dengan berkesan.
1. KUNYIT
Ia mengandungi bahan curcumin, sebatian yang bertindak sebagai anti oksidan dan membantu dalam mengekalkan peredaran darah yang berkesan dalam badan.
Ambil sesudu kecil serbuk kunyit campur dengan air suam dan boleh campur madu.
Minum larutan pagi dan malam sebelum tidur.

2. KAYU MANIS
Ia mempunyai banyak khasiat dan bahan nutrisi penting. Ini termasuk kalium, mangan dan Vitamin C, yang membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan.
Ambil satu sudu kecil serbuk kayu manis.
Campurkan dengan air panas rendam selama 30 minit.
Minum pagi dan malam sebelum tidur.

Anda juga boleh menambah 1 sudu kecil setiap madu dan serbuk kayu manis
Jadikan amalan harian untuk mendapatkan pemulihan dari masalah kebas
3. AIR
Minum banyak air membantu dalam mencegah dehidrasi. Ini membantu untuk membuang bahan toksik dari badan dan membantu dalam peredaran darah yang berkesan.
Selain itu, individu mesti meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium, Vitamin B dan melakukan beberapa urutan di kawasan yang terjejas untuk mendapatkan kelegaan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " 3 cara merawat masalah Kebas " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.