Untuk lebih jelasnya, anda tidak sepatutnya mengambil hanya sebiji ulas dan mengharapkan bawang putih melambai tongkat ajaibnya dan membersihkan badan anda. Ia perlu diambil dalam jumlah sederhana, secara berterusan untuk merasakan keistimewaannya.




Bawang putih terkenal untuk rawatan:

1) Membantu mengurangkan bakteria jahat.

2) Mengurangkan paras kolesterol jahat LDL dalam darah dan juga menghapuskan simpanan kolesterol jahat.

4) Menurunkan paras trigliserida dalam darah.

5) Mengurangkan kolesterol jahat LDL dalam darah

6) Meredakan masalah gastrik

7) Menstabilkan lipid hati. Lipid ialah lemak penting untuk penyerapan vitamin dan penghasilan hormon.

8) Ubat mencair darah semula jadi

9) Mengurangkan tekanan darah dan paras gula dalam darah dengan meningkatkan pembesaran saluran darah dan
paras insulin darah.

10) Menstabilkan pengeluaran prostaglandin untuk pembekuan darah terutama dikawasan luka.

11) Mengurangkan radikal bebas penyebab kanser dalam badan

12) Agen nyahtoksik yang kuat.

13) Mengurangkan kesan bahan Nistosamine penyebab kanser yang dihasilkan oleh makanan proses.

14) Mengurangkan risiko kanser usus

15) Meningkatkan HDL dalam darah

16) Ia mempunyai ubat anti-radang


17) Bawang putih memainkan peranan yang sangat penting dalam mencegah atau mengurangkan kesan keracunan makanan, dengan membunuh bakteria seperti Salmonella dan E-coli.

18) Mengawal jangkitan kulat luaran seperti kurap dan makan air juga dikurangkan.

19) Ia mempunyai ciri anti pembekuan yang mengurangkan atau menghalang pembentukan bekuan darah di dalam saluran darah. Dengan itu mengurangkan risiko berkaitan jantung.

20) Ia mengurangkan risiko serangan jantung, aterosklerosis dan masalah berkaitan jantung yang lain. Ia juga melindungi jantung daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal oksigen bebas.

21) Ia mengekal fleksibiliti arteri untuk penyaluran darah pada tekanan normal.

22) Ia mengurangkan pembentukan plak arteri dengan menurunkan paras kolesterol jahat dalam darah.

23) Apabila usia meningkat sama seperti setiap mesin di sekeliling anda, kecekapan organ dan sistem di dalam badan mula merosot.

Pembuluh darah akan kehilangan keupayaan untuk meregangkan. Bawang putih membantu memulihkan fleksibiliti salur darah.



24) Jus bawang putih mentah dikatakan dapat mengurangkan kegatalan akibat gigitan pepijat dan ruam.

25) Ia mengurangkan kekerapan selesema biasa. Ia juga merawat sakit tekak.

26) Ia membantu mengurangkan masalah saluran pernafasan dan membantu melawan gangguan paru-paru, seperti asma.


27) Oleh kerana kesannya terhadap insulin dan paras gula dalam darah, ia boleh digunakan untuk merawat atau mengawal diabetes.



28) Ia diketahui dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser. Ia terbukti dapat
mengurangkan risiko kanser payudara pada wanita.

29) Pengambilan bawang putih secara sederhana terbukti dapat mengurangkan risiko kanser kolorektal dan buah pinggang.

30) Meningkatkan penyerapan zat besi oleh badan

31) Sapukan bawang putih yang dihancurkan pada gigi yang sakit, sakit gigi dapat dikurangkan.



32) Mengawal penambahan berat badan.

33) Ia mengurangkan risiko ulser perut dengan mengurangkan pertumbuhan H. Pylori, sejenis bakteria.

34) Ia membantu meningkatkan berat badan bayi dalam kandungan.

35) Ia meningkatkan sistem imun

36) Bawang putih juga membantu dalam merawat kelenjar tiroid.

37) Membantu memulihkan mati pucuk

38) Ia membantu pertumbuhan
sel-sel baru dan juga membantu ketenangan, kerana kehadiran vitamin B6.

39) Bawang putih tua mempunyai antioksidan yang kuat di dalamnya.

40) Ia juga membantu untuk melawan histeria, dropsy dan skurvi.

41) Ia membersihkan sistem penghadaman dan menyembuhkan perut kembung.

42) Bawang putih sebagai ubat kumur membantu melawan kaviti.

43) Ia digunakan untuk meredakan senggugut, sakit otot dan sciatica( saraf tunjang) .

44) Bawang Putih mendorong peluh dan membantu mengeluarkan toksid melalui kulit.



45) Ia digunakan sebagai penghalau serangga dan perosak terhadap lalat putih, labah-labah dan kutu daun.

46) Ia membunuh larva nyamuk dan jenis kutu tertentu.

47) Ia juga boleh digunakan untuk menghalau nyamuk, lalat hitam, kutu dan lalat buah.

48) Bawang putih juga berkesan untuk menghalau perosak yang lebih besar seperti arnab dan juga rusa.

49) Meletakkan bawang putih di dalam laci akan menghalau lipas.



50) Bawang putih dengan perahan air limau atau cuka sider adalah pembersih muka yang baik.

Apabila bawang putih digunakan secara sederhana berterusan dalam diet anda, anda boleh mencapai semua manfaat perubatan yang dinyatakan di atas.

Menurut WHO, amalkan seulas bawang putih sehari, akan menjadikan anda sihat sepanjang hayat anda.

Jika anda menggunakan bawang putih untuk tujuan rawatan , anda boleh mengambil 2-3 ulas setiap hari.


Dalam kes menggunakan suplemen, adalah lebih baik untuk memilih suplemen serbuk berbanding kapsul.

Dalam proses membuat
tablet atau kapsul, banyak bahan nutrisi dalam bawang putih disingkirkan.

Seperti biasa, makan dalam bentuk semula jadi adalah terbaik. Bawang putih mentah lebih baik daripada yang siap proses.

(Visited 1,345 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 50 keajaiban Bawang Putih yang tidak diketahui ramai " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares