LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
(KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA)
IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripadawarganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan keatas pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. JAWATAN : PERSONEL MySTEP
KELAYAKAN : Setaraf Ijazah Sarjana Muda
TEMPOH KONTRAK : Mulai Tarikh Lapor Diri hingga 31 Disember 2023
PENEMPATAN : Unit Perundangan, Pejabat Ketua Pengarah Ibu Pejabat Tourism Malaysia
KADAR UPAH : RM2,100.00 sebulan
(Termasuk caruman kepada KWSP dan PERKESO)
2. SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang–undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
d) Berpengalaman sebagai pegawai undang–undang sekurang–kurangnya 3 tahun ke atas;
e) Mampu bekerja di bawah tekanan dan penyeliaan yang minimum.
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusanyang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab:
(a) Menderaf kontrak.
(b) Membantu membuat semakan hal berkaitan dengan kontrak dan dokumen-dokumen perundangan.
(c) Menyertai rundingan berkaitan terma dan syarat kontrak.
(d) Membantu menyediakan pandangan Undang–undang (legal opinion).
(e) Membantu dalam penyelesaian pertikaian.
(f) Membantu menyelia kes mahkamah melibatkan Tourism Malaysia.
(g) Menghadiri mesyuarat yang melibatkan perundangan sekiranya diperlukan.
5. ARAHAN DAN CARA MEMOHON
(a) Permohonan adalah secara dalam talian melalui HR System. Berikut
adalah panduan bagi memohon :
i. Log in dipautan;
https://hr.tourism.gov.my/apps/recruitment/registration
ii. Daftar pengguna > tetapkan kata laluan > aktifkan akaun > pilih menu
Public Login
iii. Log masuk > pilih menu Resume > lengkapkan Resume > memuat naik
dokumen-dokumen berdasarkan senarai semak yang dikemukakan
iv. Pilih jawatan yang ingin dimohon.
(b) Gambar yang dimuat naik hendaklah menggunakan gambar berukuran pasport terkini. Selain dari gambar pasport tidak dibenarkan.
(c) Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada Institut Pengajian Tinggi SwastaLuar Negara, perlu memuat naik sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/
(d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Mac 2023 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang.
6. CATATAN AM
(a) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi.
(b) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.
(c) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:
i. Puan Nor Ezlin Abdullah
– 03-8891 8906
ii. Puan Adibah Mohd Basri
– 03-8891 8962
iii. Cik Siti Salwah Othman
– 03-8891 8908
iv. Puan Nor’Azila Roselan
– 03-8891 8963
Salinan Iklan DISINI
* SEKIAN, TERIMA KASIH *
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kerja Kosong LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.