Hari Hidupan Liar Sedunia 3 Mac 2023 bertemakan Perkongsian untuk pemuliharaan hidupan liar .

Hari Hidupan Liar Sedunia di sambut setiap tahun pada 3 Mac untuk memberi kesedaran pentingnya hidupan liar kepada manusia.



Diharap pemikiran kita berkembang bukan sekadar menanam pokok semata setiap kali menyambut hari akan sekitar.

Adakah anda tahu?

50,000 Spesies Liar Memenuhi keperluan Berbilion manusia di seluruh Dunia.

1 daripada 5 orang di seluruh dunia bergantung pada hidupan liar untuk pendapatan dan makanan, manakala 2.4 bilion orang bergantung kepada bahan api kayu untuk memasak.
Nampaknya mengejutkan, tetapi kaktus, rumpai laut, zirafah, burung kakak tua, dan pokok oak adalah kumpulan spesies yang berhadapan ancaman kepupusan.



Pada masa ini terdapat satu juta spesies di kategorikan terancaman.



Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia 2023 bertemakan “Perkongsian untuk pemuliharaan hidupan liar”, memberi penghormatan kepada mereka yang bertungkus-lumus memperjuangkan kehidupan haiwan liar.


Kempen secara besar-besaran bertujuan memupuk kesedaran dikalangan kanak-kanak.


PBB juga mengusahakan konvensyen perjanjian antarabangsa antara kerajaan untuk mengawal perdagangan antarabangsa haiwan dan tumbuhan liar tidak menjejaskan populasi spesies tersebut.

Hari ini, PBB memberikan pelbagai peringkat perlindungan kepada lebih daripada 37,000 spesies haiwan dan tumbuhan.


PBB, organisasi sektor swasta, dermawan dan pertubuhan bukan kerajaan mesti terus berganding bahu untuk pemuliharaan, penggunaan mampan hidupan liar dan dalam memerangi perdagangan haram dan kepupusan hidupan liar.

3 Mac Hari Hidupan Liar Sedunia
(Visited 262 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video]Melestarikan Hidupan liar tanggungjawab jawab semua manusia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares