UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERLIS
KAMPUS ARAU

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik secara sambilan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Mac 2023 (Selasa)
1. JAWATAN : PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)
FAKULTI / BIDANG

2. JAWATAN : PENSYARAH SAMBILAN (PT)
FAKULTI / BIDANG

3. SYARAT LANTIKAN
a) Warganegara Malaysia
b) Syarat kelayakan
i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau setaraf;
ii. Calon-calon mestilah memiliki CGPA 3.00 dan keatas atau Kelas Kedua
Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang;
iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dalam bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti;
iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik;
v. Telah tamat pengajian sepenuhnya (samada peringkat Ijazah Sarjana
Muda atau Sarjana atau PhD);
vi. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja
atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan;
vii. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.

4. PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a) Pemohon- pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

b) Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)

c) Borang/ dokumen yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/ badan berkanun/ separa kerajaan yang tidak melalui jabatan tidak akan diproses
d) Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga
e) Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
f) Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.

5. CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

i. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang permohonan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) dan pensyarah sambilan yang boleh dimua tturun di laman sesawang UiTM Cawangan Perlis iaitu
https://perlis.uitm.edu.my/

ii. Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Mac 2023 (Selasa)
Sila kemukakan borang permohonan asal dan dokumen yang telah disahkan kepada

Timbalan Pendaftar
Bahagian Pentadbiran
UiTM Cawangan Perlis
02600 Arau Perlis
atau

b) Sila kemukakan borang permohonan dan dokumen yang telah disahkan melalui link berikut

https://forms.gle/c66qxhCkeG4m9H4f7

atau mengimbas QR Code dibawah:


c) Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis talian :

04-9882207/2210/2204.

Borang permohonan

(Visited 877 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jawatan Akademik UiTM Perlis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares