Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri (JKOM) mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan berikut:


1) PEGAWAI PENERANGAN GRED S41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,078 – RM9,544

2) PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,493 – RM5,672

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan (Borang J-KOM 1/2023) dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

;

Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

Salinan Sijil-sijil Persekolahan;

Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara (jika berkenaan);

Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);

Sekeping gambar ukuran passport (berwarna).

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke alamat:

Jabatan Komunikasi Komuniti Jabatan Perdana Menteri Aras 7, Setia Perdana 3 Kompleks Setia Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 WP PUTRAJAYA (u.p.: Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran)


Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.


Tarikh tutup permohonan pada 07 MAC 2023 (SELASA).

Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan boleh dilihat DISINI

(Visited 941 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jawatan kosong di Jabatan Komunikasi Komuniti, JPM " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares