Jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2023.



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) sepertimana berikut.

1. Guru Tabika Perpaduan Gred S29

Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2023.

Lokasi penempatan : Kuala Lumpur

Sektor : Kerajaan

Butiran Jawatan
Nama Jawatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Gelaran Jawatan : Guru Tabika Perpaduan

Gred Jawatan : S29

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan I

Taraf Jawatan : Kontrak

Tempoh Kontrak : Minimum 1 tahun

Agensi : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bilangan Kekosongan : Dua belas (12)

Tempat Kekosongan : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jadual Gaji
Jadual Gaji Min-Maks. : RM1,493.00 – RM5,672.00

Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00

Elaun Bantuan Sara Hidup : RM350.00

Syarat Lantikan

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Institusi Pengajian di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan; dan

iii) memperolehi sekurang-kurangnya “Kepujian” (gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia .

iv) Keutamaan adalah bagi pemohon yang berasal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Selangor / Putrajaya.

Deskripsi Tugas

i) Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran di Tabika.

ii) Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod, dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

iii) Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yeng digunakan di Tabika.

iv) Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan (sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah).

Salinan Sijil atau lain-lain dokumen yang telah disahkan oleh (Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas atau Pengetua Sekolah, Ketua Kampung, Pesuruhjaya Sumpah) seperti di bawah hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan:
a) Kad Pengenalan;
b) Sijil Kelahiran;
c) Sijil Berhenti Sekolah;
d) Sijil Peperiksaaan SPM atau yang setaraf dengannya;
e) Sijil Diploma berserta transkrip:
f) Sijil Vaksinasi Covid-19; dan
g) Lesen Memandu (jika ada).

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen-dokumen yang telah disahkan mestilah dihantar sebelum atau pada 31 Mac 2023 ke alamat seperti berikut:-

Pengarah,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Kementerian Perpaduan Negara)
Tingkat 27, Menara TH Selborn,
No.153, Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR.

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2023 (Jumaat).


Panggilan Temuduga
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada talian 03-2602 4500 atau email ke ppnkl@perpaduan.gov.my.

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan dibawah

(Visited 1,046 times, 5 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan S29 2023 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares