Unit Komunikasi Strategik, Pejabat SUK Pahang ingin mempelawa individu-individu khususnya rakyat negeri Pahang bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1) PEGAWAI PENERANGAN
GRED S48 (KONTRAK)
KEKOSONGAN 1
IJAZAH SARJANA MUDA/ IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN

Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 (lima) tahun dalam bidang media,
penerbitan, komunikasi dan perhubungan awam atau bidang yang berkaitan dengannya
2) PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S29 (KONTRAK)
KEKOSONGAN 1
DIPLOMA/SIJIL/STPM/STAM

3) JURUFOTOGRAFI GRED B19 (KONTRAK)
KEKOSONGAN 1
SPM/MCE/SPVM/SPMV/STA/STU/SKM/SIJIL

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan sila kemukakan permohonan beserta RESUME lengkap dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan.
CATATAN AM
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
2.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya warga Negeri
Pahang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan
kontrak ini.
Sila kemukakan permohonan kepada:
Unit Pembangunan Organisasi,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Tingkat 2, Blok B, Wisma Sri Pahang,
25503 KUANTAN
atau emel ke: pobpsm@pahang.gov.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA ATAU SEBELUM
13 MAC 2023 (ISNIN) JAM 11.59 MALAM.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Jawatan Kosong SUK Pahang " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.