Buah-buahan dan sayur-sayuran terdapat dalam pelbagai warna. Ia dibahagikan kepada 5 kategori warna yang berlainan iaitu :

Merah
Ungu/biru
Kuning/jingga
Hijau
Putih/perang.

Setiap warna mempunyai keunikan tersendiri untuk kesihatan manusia.


Bahan istimewa dalam buah diberi nama fitokimia. Fitokimia bertanggungjawab menghasilkan buah berwarna warni.

Selain daripada fungsi memberi warna yang menarik pada buah dan sayur, fitokimia juga berfungsi sebagai antioksida semula jadi yang berupaya untuk mencegah penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit jantung serta meningkatkan sistem pertahanan badan.

Fitokimia yang terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan adalah seperti :

1) Lycopene
2) Anthocyanins
3) Beta-karotin.


Gambar 1

Gambar 1 : Kepelbagaian warna buah-buahan dan sayur-sayuran
Apa Ada pada Warna?

Gambar 2

Gambar 2 : Contoh buah dan sayur berwarna merah
Merah. Warna merah dalam buah dan sayur terhasil daripada pigmen semula jadi yang dikenali sebagai lycopene. Lycopene adalah antioksida yang kuat dan terbukti dapat melindungi tubuh daripada :

1) kanser prostat
2) penyakit kardiovaskular / jantung
3) kerosakan sel akibat pendedahan kepada cahaya ultraviolet.
4) Lycopene terdapat dalam tomato dan tembikai.

Penyerapan lycopene lebih sempurna dalam tomato yang dimasak dengan sedikit lemak berbanding tomato mentah.

Gambar 3

Gambar 3 : Contoh buah dan sayur berwarna kuning


Kuning/Jingga Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning-jingga kaya dengan karotenoid yang dikenali sebagai beta-karotin. Beta-karotin akan ditukar menjadi vitamin A.
Beta-karotin yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning-jingga seperti keledek, lobak merah dan labu membantu dalam peningkatan sistem pertahanan tubuh dan kesihatan mata.

Gambar 4

Gambar 4 : Contoh buah dan sayur berwarna hijau

Hijau Warna hijau pada sayur-sayuran diberikan oleh bahan yang dikenali sebagai glukosinolate.

Pengambilan sayur-sayuran hijau yang mengandungi glukosinolate seperti brokoli dan bunga kubis dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser.

Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kangkung merupakan sumber asid folik dan zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil.

Gambar 5

Gambar 5 : Contoh buah dan sayur berwarna biru/ungu . Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna ungu seperti buah naga merah, buah plum, beri biru, terung dan kubis bunga mendapat warnanya daripada komponen fitokimia yang dikenali sebagai anthocyanins.
Anthocyanins adalah antioksida yang melindungi kerosakan sel, mengurangkan risiko kanser, strok dan juga penyakit jantung.

Gambar 6 : Contoh buah dan sayur berwarna putih

Putih/Perang Idoles adalah komponen fitokimia yang memberikan warna putih/perang pada buah dan sayur.


Sayur dan buah yang berwarna putih/perang juga mengandungi pelbagai fitokimia seperti allicin yang ditemui dalam bawang putih yang memiliki ciri antivirus dan anti bakteria.


Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna putih seperti pisang dan kentang juga kaya dengan kalium. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna putih/perang mampu mengurangkan risiko serangan jantung.

(Visited 464 times, 7 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Buah dan Sayur pelbagai warna ada keistimewaannya " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares