Jawatan terkini di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) seperti berikut.

1. Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred Q19)

Tarikh tutup permohonan 17 Mac 2023 (Jumaat).

Lokasi penempatan : MIROS Kajang, Selangor.

Jawatan : Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred Q19)

Taraf : Kontrak Projek

Bilangan Kekosongan : Satu (1) Klasifikasi : Penyediaan dan pembangunan Kumpulan :

Pelaksana Jadual Gaji : RM1,300.00 Insentif : RM572.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a)Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan Tugas Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas berkaitan ujian kenderaan. Sebagai petugas yang menjaga litar dan peralatan yang berada di MT3, Sepang.

Mengawal dan memantau kebenaran memasuki litar MT3.

Menjalankan lain-lain tugas-tugas yang berkaitan projek dari semasa ke semasa.

Cara Memohon
1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut: Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);

Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).

Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan.


Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mac 2023 (Jumaat) jam 5:00 petang.


(Visited 152 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Permohonan Pegawai Kontrak Projek MIROS 2023 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares