Jawatan: Kerani/Teller [ N3]
Lokasi: Sarawak
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 MAC 2023
TANGGUNGJAWAB UTAMA:
a) Menguruskan transaksi dan hal berkaitan urusniaga wang tunai di kaunter dengan efisien.
b) Mengemaskini dan merekod urusan pembayaran dan penerimaan wang di kaunter.
c) Menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan dan membuat cross selling ke atas produk-
produk Bank.
d) Sentiasa memberikan khidmat pelanggan yang baik dengan melayani dan menangani
pertanyaan pelanggan.
e) Melaksanakan fungsi proses operasi, pentadbiran am dan pengkeranian.
f) Membantu dan melaksanakan apa juga projek dan/atau tugas yang diberikan dari semasa
ke semasa.
KELAYAKAN & SYARAT LANTIKAN:
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur di antara 18 tahun hingga 25 tahun pada tahun 2023.
c)Keutamaan adalah kepada pemegang Diploma Perbankan Kewangan/ Perakaunan/
Perniagaan (CGPA: ≥ 3.00)
d) Bagi calon-calon yang mempunyai Diploma selain di atas, keputusan SPM bagi
matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris adalah di peringkat Kepujian.
SYARAT TAMBAHAN:
a) Calon hendaklah mempunyai personaliti yang menarik, mampu berkomunikasi dengan baik
dan mempunyai pengetahuan komputer.
b) Keutamaan diberikan ke atas calon yang bergiat cergas di dalam aktiviti ko-kurikulum dan
aktif dalam acara sukan serta boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Mandarin.
Sila kemukakan resume dan salinan Diploma/Transkrip Akademik kepada :
Bank Simpanan Nasional
Cawangan Utama Kuching
Lot 173-176, Bangunan Hj Abd Rasit
Jalan Muda Hashim
93400 Kuching, Sarawak
(email : roseala_edward@bsn.com.my atau azura_ar@bsn.com.my)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 082-227888
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 MAC 2023

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " PELUANG KERJAYA BERSAMA BSN SARAWAK
" di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.