Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2023 Lepasan SPM Di Buka Seluruh Negara bagi ambilan 2023!

Bagi calon lepasan SPM yang ingin membina karier sebagai guru, anda boleh memohon kemasukan ke PISMP 2023.


Permohonan Guru IPG PISMP & Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2023 akan di buka pada:

15 Mac 2023 hingga 14 April 2023
Ambilan 2023

Terbuka untuk lulusan SPM 2020, 2021 & 2022


Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:
Sekolah Kebangsaan (SK)

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Pendidikan Islam
Matematik
Sains
Pendidikan Khas
Bahasa Arab
Pendidikan Muzik
Sejarah
Pendidikan Jasmani
Rekabentuk dan Teknologi
Pendidikan Awal Kanak-kanak
Bimbingan dan Kaunseling
Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anda boleh baca di sini.
Pengenalan PISMP 2023


Sebelum melayakkan pelajar mengikuti PISMP 2023, pelajar terlebih dahulu perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun atau dua semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.


Pemohon yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan.


Kedua-dua PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Elaun Sara Hidup Pelajar IPG
Pelajar PISMP akan terima elaun RM430 sebulan seperti biasa.

Namun, yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

Cara Memohon Online

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2023.

Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan perlu menyediakan rakaman video pengajaran (VP) dan video kecergasan fizikal (VKF).


Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), penyediaan video pengajaran (VP), video kecergasan fizikal (VKF), syarat bidang pengkhususan serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.


Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2023

atau download iklan penuh permohonan Guru PISMP 2023 di bawah.

IKLAN PENUH PERMOHONAN

(Visited 2,948 times, 20 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Permohonan Guru IPG PISMP Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM di Buka

" di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares