Industri khabarnya merungut kemerosotan jumlah Jurutera tempatan untuk memenuhi permintaan masa kini.

Ini adalah skrip wayang bodoh yang sengaja dimainkan untuk mengaburi isu gaji bangsat untuk kumpulan jurutera.

Sebenarnya graduan jurutera tempatan berlambak tetapi kebanyakkan mereka sudah berpindah ke bidang lain kerana Gaji yang diberi oleh majikan tidak setimpal dgn keperluan semasa.
Gaji jurutera masih tidak berubah dari tahun ke tahun sedangkan diluar negara jawatan jurutera diberi upah yang tinggi kerana dianggap sebagai pembina negara.
Gaji jurutera Malaysia adalah paling rendah antara negara-negara lain menyebabkan graduan yang terbaik berhijrah ke negara luar yang lebih terjamin atau menceburi di bidang lain.
Bayangkan Gaji Jurutera baru keluar universiti dibayar hanya RM1.7k sebulan menggambar betapa zalimnya layanan industri terhadap golongan ini
Kemudian industri memberi maklum balas ketidakcukupan jurutera untuk mengendalikan kerja kerja projek mereka.
Lebih malang Lembaga Jurutera Malaysia dilihat sangat tidak berguna terutamanya menjaga kebajikan jurutera Malaysia.
Tidak ada desakan keras keatas industri supaya gaji jurutera dibayar setimpal dengan keadaan semasa.
Kesimpulannya bidang kejuruteraan tidak lagi memiliki masa depan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Gaji jurutera baru 1.7K sebulan adalah satu kezaliman industri sejak 90an " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.