MANILA, Filipina – Kajian Philippine Coconut Authority (PCA) mendapati kes penyakit jantung paling rendah di kalangan penduduk Pulau Bicolano Filipina kerana mereka makan isi dan air kelapa paling banyak dalam sehari berbanding tempat lain.




Kajian itu berkata pengguna kelapa mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding pengguna bukan kelapa kerana kandungan mineral kelapa seperti kalium dan magnesium.

Daripada 13 wilayah di negara ini, Bicol mempunyai pengambilan lemak kelapa paling tinggi kerana kebanyakan makanan mereka dimasak menggunakan santan.

Kajian berasingan yang dijalankan oleh bekas profesor perubatan Universiti Filipina menunjukkan bahawa negara-negara yang memakan kelapa mempunyai kolesterol rendah dan prevalensi penyakit jantung yang rendah.

Ia berkata penduduk Polinesia PukaPuka dan pulau Tokelau memperoleh 35 hingga 40 peratus lemak pemakanan mereka daripada minyak kelapa namun, nilai kolesterol serum mereka adalah rendah iaitu 170 miligram pada lelaki dan 176 mg pada wanita.

Menurut PCA, kegunaan perubatan kelapa adalah banyak dan pelbagai. “Meminum jus buko atau air kelapa, yang tinggi kalium klorida, kalsium dan magnesium, menghalang gangguan buah pinggang dan pembentukan batu uretra. Ia bukan sahaja minuman yang menyegarkan, ia juga merupakan rawatan yang berkesan untuk gangguan kencing.”

Air daripada sebiji kelapa muda yang diambil setiap hari boleh menghalang pembentukan batu dalam saluran kencing dan masalah kalenjar prostat.

Kelapa merupakan ubat semula merawat organ dalaman tanpa kesan sampingan.

Pentadbir PCA Oscar G. Garin berkata: “Jika air kelapa dan isi diambil oleh pengguna secara tetap, ia akan membantu mencegah pembentukan batu ginjal dan gangguan salur kencing”

Pembetulan fakta bahawa kelapa sangat bagus untuk jantung. Kefahaman mengatakan minyak dalam kelapa menyebabkan jantung tersumbat adalah teori sampah semata.

Setiap kejadian Allah semuanya bagus. Berhati-hati dengan sebahagian ahli sains mengeluarkan pendapat seolah-olah Allah tidak pandai mencipta. Mereka sebenarnya mengajak manusia menentang Allah.

(Visited 667 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kajian menunjukkan kelapa baik untuk jantung
" di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares