INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA

(Malaysian Agricultural Research and Development Institute)

MARDI mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

JAWATAN : PEMBANTU AWAM

Gred Jawatan : Setara dengan Pembantu Awam Gred H11

Taraf Jawatan : Contract for Service (CFS)

Pusat Tanggungjawab : Pusat Penyelidikan Hortikultur (HR)

Penempatan : Ibu Pejabat MARDI


Gaji RM1,200.00 (secara pukal)


Tempoh Perkhidmatan : 1 tahun

TARIKH TUTUP IKLAN: 31 MAC 2023


1. Syarat Lantikan

i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah.


3. Bidang Tugas
i) Melaksanakan aktiviti penanaman benih dan sayuran
bagi jualan dana.

ii) Melaksanakan dan Menyelenggara pekakas dan
peralatan bagi tujuan penanaman anak benih.

iii) Membantu dan mengendali jualan produk dana.

iv) Menyelenggara rekod stok dan produk jualan dana untuk tujuan pelaporan.

v) Lain-lain tugas berkaitandana yang diberikandari masa ke semasa.



CARA MEMOHON:

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Iklan asal dan Borang boleh di dapati dibawah:



Semua permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:


Pengarah
Pusat Penyelidikan Hortikultur
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA
(u/p: Puan Siti Aminah Binti Jamaludin)


ii) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

iii) Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


TARIKH TUTUP IKLAN: 31 MAC 2023


Sebarang pertanyaan boleh menghubungitalian 03-8953 6272

(Visited 724 times, 32 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pembantu Awam MARDI " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares