Masalah guru agama mengajar tanpa tauliah dari jabatan agama negeri menjadi perbincangan hangat di media sosial.
Tauliah penting untuk menjaga autentikasi agama dari dicemari atau diselewengkan oleh pihak berkepentingan. Islam ini diturun dari Allah Rasulullahﷺ melalui perantaraan malaikat Jibril. Islam bukan rekaan manusia.
Hal tauliah ini berlarutan sejak puluhan tahun. Ada guru mengajar tanpa tauliah ditangkap dan dipenjarakan tetapi masih ramai yang kekal degil mengajar walaupun tanpa tauliah..
Tauliah penting sebagaimana lesen memandu juga. Setiap individu yang mengajar agama dengan tauliah sah tentu sekali memiliki kompetensi yang sewajarnya.
Tanpa tauliah bermakna tidak memiliki kompetensi dan akibat kefahaman masyarakat jadi kelam-kabut.
Perpecahan dalam masyarakat angkara guru agama tanpa tauliah.
Rata-rata berpendapat sudah tiba masanya pihak jabatan agama negeri menyediakan senarai guru agama dan dipaparkan dalam laman rasmi masing-masing.
Tidak ada faedah kepada Islam sekiranya perkara ini sekadar menjadi habuan media mencari pembaca sahaja.
Sediakan Pengkalan data untuk memudahkan pihak pengurusan masjid dan surau mengenalpasti kredibiliti guru sebelum diberi kebenaran untuk mengajar.
Sebarang jenis surat sokongan tidak perlu dilayan sekiranya tidak ada tauliah.

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Pengkalan data senarai guru agama berTauliah " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.